Saturday, April 26, 2008

WARMING HOME BRO HASLIN

26 April 2008 - Sebuah perjumpaan antara warga-warga Batu Hampar diadakan di rumah Bro Haslin (dulu lebih dikenali sebagai Ustaz Haslin) di Taman Sutera, Kajang, Selangor. Perjumpaan tersebut telah dianjurkan dan ditaja sepenuhnya oleh tuan rumah yang baru berpindah ke rumah baru tersebut.

Acara yang bermula dari pukul 12 tengahari tersebut dihadiri oleh Ustaz Zulkifli Mat Isa, Iman Firdaus, Nizal (ex Talang), Hud, Suffian Suremi, Khairul Nazwan, Shafar, Khidir Herman, Nasir, Shamsuri dan Syahmaizar dengan ayahnya.

Banyak perkara yang dikongsi bersama oleh warga yang hadir, antaranya berkenaan kehidupan peribadi yang masing-masing lalui setelah pengharaman, kerjaya yang sedang ditempuh dan pengalaman yang telah dialami ketika menuntut di Batu Hampar dahulu. Terdapat juga cadangan untuk mengadakan aktiviti rekreasi di lokasi perkelahan sesuai di sekitar Kuala Lumpur. Cadangan tersebut diterima positif oleh warga yang hadir dan beberapa orang telah menawarkan diri untuk meninjau lokasi yang dicadangkan dan menganggarkan peruntukkan yang diperlukan.

Majlis di rumah Bro Haslin selesai dengan solat Maghrib secara berjemaah. Oleh kerana malam tersebut ada perlawanan bolasepak antara Manchester United vs Chelsea, baki warga yang belum pulang bercadang untuk menonton perlawanan tersebut bersama di restoran mamak berdekatan Alam Damai, Cheras sehingga jam 1.00 pagi.

Pertemuan tersebut berjalan dengan lancar dan semua yang hadir amat berpuashati. Terima kasih diucapkan kepada Bro Haslin yang menganjur. Terima kasih juga kepada kawan² yang hadir terutamanya Nasir dan Shamsuri yang sudi datang dari Pahang semata-mata untuk pertemuan ini. Tidak lupa syukran jazilan buat Ustaz Zulkifli Mat Isa yang menaja kuih Telinga Keling.

Kepada pelawat blog ini, sila beri komen anda dengan mengisi ruangan komen di bawah.

SESI FOTOGRAFI: Hanya Shafar & Ustaz Zulkifli Mat Isa tiada di dalam gambar.
(klik atas foto untuk paparan yang lebih besar)

Bro Haslin mesra melayan warga yang hadir.
(klik atas foto untuk paparan yang lebih besar)

TEKNOLOGI: Menarik melihat gambar-gambar yang terdapat di dalam friendster Batu Hampar
(klik atas foto untuk paparan yang lebih besar)

Celoteh Nasir (berbaju kuning) sering membuat warga yang hadir tidak kering gusi.
(klik atas foto untuk paparan yang lebih besar)